Friday, October 17, 2008

LATAR BELAKANG PENUBUHAN KRK

Kelas Rancangan Khas (KRK) telah dimulakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai pada tahun 2002. Dengan kepercayaan yang diberikan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru sebuah kelas dengan jumlah pelajar seramai 26 orang yang mendapat keputusan cemerlang di peringkat peperiksaan UPSR telah mendaftar di sekolah ini.

Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar yang layak untuk ditempatkan di KRK dengan keputusan peperiksaan mereka sama ada 3A , 4A , 5A ,6A atau 7A dan tidak mendapat tempat di Sekolah-sekolah Berasrama Penuh.

Pelajar-pelajar Kelas Rancangan Khas yang pertama telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada tahun 2004 dengan keputusan iaitu seramai 9 orang pelajar mendapat keputusan A bagi semua mata pelajaran.

Manakala pada tahun 2005, para pelajar Kelas Rancangan Khas telah menunjukkan peningkatan prestasi akademik apabila daripada 76 orang pelajar KRK, 19 pelajar mendapat keputusan A bagi semua mata pelajaran dan 9 orang pelajar mendapat 7A 1B atau 6A 1B.

Pertambahan bilangan pelajar bagi pelajar KRK semakin meningkat dengan pada tahun 2002 hanya sebuah kelas sahaja dibuka untuk pelajar KRK. Walau bagaimanapun, pada tahun 2003 sebanyak 2 buah kelas KRK dibuka dan semakin meningkat menjadi 3 buah kelas pada tahun 2004 , 5 buah kelas pada tahun 2005 dan pada tahun 2006, sebanyak 5 buah kelas KRK di SMK Skudai.

Keyakinan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka dan kesungguhan para guru untuk menyumbangkan ilmu telah menjadikan SMK Skudai salah sebuah sekolah yang menjadi pilihan di Skudai.


No comments: