Friday, October 17, 2008

KATA-KATA ALUAN PENGETUA SMK SKUDAI

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera

Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata di dalam Buku Panduan Kelas Rancangan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai.

Kewujudan Kelas Rancangan Khas di sesebuah sekolah merupakan pemangkin bagi pihak pentadbiran, guru-guru dan para pelajar amnya untuk meningkatkan prestasi, usaha dan keupayaan sesebuah sekolah dalam melahirkan generasi yang produktif dan bernilai tinggi.

Usaha yang dijalankan oleh pihak Kementerian Pelajaran dengan mengadakan Kelas Rancangan Khas di sekolah-sekolah harian merupakan langkah yang baik dalam memartabatkan sekolah-sekolah harian dalam usaha untuk menampung jumlah pelajar yang cemerlang dan tidak mendapat tempat di sekolah-sekolah berasrama penuh.

Walau bagaimanapun, peranan guru sebagai pendidik dan pembimbing di sekolah perlu terus ditingkatkan. Guru bukan sahaja sebagai pendidik tetapi juga memainkan peranan penting sebagai ibu dan bapa ketika pelajar berada di sekolah.

Bagi pihak pentadbiran sekolah, usaha perlu digembleng untuk memastikan bahawa anak didik kita yang telah terpilih masuk ke Kelas Rancangan Khas dapat berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan utama nanti.

Harapan saya agar Kelas Rancangan Khas ini dapat memartabatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai sebagai salah sebuah sekolah cemerlang di daerah Johor Bahru dengan melahirkan anak didik yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.

Sekian. Selamat Maju Jaya.

Saya yang menjalankan tugas,

(HAJAH NORIZAH BINTI ABDUL MANAP)

No comments: